BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 2, 2010


Friday, January 1, 2010

JADUAL USRAH DIPLOMA

MAKLUMAN USRAH

1. Khidmat Masyarakat
Semester 2: Gotong royong di sekitar KUIS
Semester 3: Masjid
Semester 4: Hospital

2. Kursus Kepimpinan Nuqaba’ (NUTRA)
Tarikh : 8 dan 9 Januari 2010
Tempat : Dewan teater
Masa pendaftaran: 6:00 Petang (8 Januari 2010)
* Diwajibkan kepada semua naqib dan naqibah ijazah, diploma dan asasi.

3. Buku Amal Islami adalah wajib dimiliki oleh setiap mahasiswa/wi yang terlibat dengan usrah ijazah, diploma, dan asasi.

LEBAH

Lebah madu yang biasanya diternak untuk mendapatkan madunya adalah dari spisis Apis mellifera. Lebah madu membina sarang atau sesikat dari lilin yang dirembeskan oleh kelenjar di abdomen. Mereka menyimpan madu untuk simpanan dalam sel-sel berbentuk segi enam sesikat. Dalam keadaan yang liar, sarang dibina di gua atau lubang-lubang pokok.

Sebuah koloni lebah madu terdiri dari 3 jenis kasta pekerja iaitu maharani yang menghasilkan telur, ribuan pekerja yang merupakan lebah betina yang mandul dan beratus-ratus ekor lebah jantan. Para pekerja mengumpulkan madu, membuat dan menyimpan madu, membina sarang, membersihkan dan mengudarakan sarang (dengan mengibas-ngibaskan sayap).

Mereka berkomunikasi antara satu sama lain, contohnya untuk memberitahu kedudukan bunga, lebah melakukan tarian dalam bentuk tertentu. Lebah pekerja hanya hidup untuk selama enam minggu. Pekerja yang sudah tua dinamakan lebah padang. Mereka berada di luar sarang untuk mengumpulkan air dan resin pokok yang lekit untuk membina sarang.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Nahl Ayat 68 dan 69 yang bermaksud:
dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan ( yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang mengilhamkan dan dimudahkannya kepada mu, (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) ysng berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit), Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t mengilhamkan kepada lebah untuk membina sarang-sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan. Perkataan muannas (perkataan-perkataan yang menunujukkan individu betina) yang digunakan dalam ayat-ayat ini seolah-olah satu kiasan yang menunjukkan bahawa lebah yang membuat sarang dan mencari madu adalah lebah betina.

Menurut kajian dalam entimologi, lebah yang membina sarang dan mencari madu adalah lebah betina. Lebah jantan mempunyai tugas-tugas yang lain. Adakah ini satu kebetulan ? Al-Quran adalah Kalam Allah. Allah lah Pencipta alam ini. Fikirkanlah!!

-Petikan dari PASAK :Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran, Dr. Mohd Arip Hj. Kosmo-